Thursday, November 21, 2013

Jom Sertai XPDC Jejak Kembara ke Gunung Ledang


Assalamualaikum wbt.

Kelab Jejak Kembara G7 bersama Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Padang Kerbau dengan Kerjasama Bahagian Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gaah akan mengadakan satu program rekreasi kembara iaitu "XPDC Jejak Kembara Gunung Ledang". Program ini akan diadakan pada 22, 23 & 24 November 2013.

Kepada para pencinta alam sekitar seluruh Malaysia dipelawa untuk menyertai program ini. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM50 sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Urusetia XPDC iaitu Ceq Mann di talian 013-601 6230.

Akhir kata, semoga program ini berjaya dan berjalan dengan lancar sehinggga ke akhirnya. BERGERAK!!

Wednesday, November 20, 2013

Bicara Anak Melaka Kembali!!!

Salam Sejahtera. Bicara Anak Melaka kembali semula menulis setelah kurang hampir 2 tahun menyepi. Bukan apa pun, cuma sibuk dengan tugasan harian yang setiap hari penuh dengan cabaran yang berbeza. Alhamdulillah, akhirnya BAM akan kembali dengan info-info terkini yang pastinya akan merangkumi pelbagai berita dalam negeri Melaka khususnya dan negara Malaysia yang kita cintai ini amnya..

Jadi, seperti biasa jangan lupa untuk tertunggu-tunggu posting dari kami. Hanya yang terbaik dari Bicara Anak Melaka yang senantiasa berusaha untuk membongkar segala keraguan.. huhu..

Akhir kata, tunggu dan terus menunggu.

wasalam..

Monday, January 31, 2011

Update: Keadaan Banjir di Pekan Selandar, Melaka!!

Salam hormat dari BAM..


Hujan lebat tanpa henti sejak Sabtu lalu telah mengakibatkan beberapa kawasan rendah di Melaka yang berhampiran dengan sungai telah dinaiki air. Mengikut rekod, kali terakhir negeri ini dilanda banjir besar ialah pada penghujung tahun 2006.


BAM juga mendapat info, daerah Jasin merupakan daerah yang paling banyak terjejas banjir akibat hujan lebat tanpa henti ini. Antaranya ialah Selandar, Batang Melaka, Pondok Kempas, Nyalas, Asahan, Tehel, Lipat Kajang dan juga kawasan yang berhampiran dengannya.


Selain itu, daerah Alor Gajah juga terkena tempias banjir di daerah Jasin. Kawasan yang terjejas teruk ialah di kawasan Seri Pengkalan dan Melaka Pindah yang berhampiran dengan Sungai Melaka. Mengikut laporan Bilik Gerakan Banjir Negeri Melaka di Kota Cemerlang, paras air sungai disini berada di paras 13.1 meter dan memelebihi paras bahaya 11.9 meter.


Orang ramai diminta sentiasa bersedia terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku dan memberikan kerjasama kepada setiap arahan yang diterima dari pihak yang bertanggungjawab.


Sedikit gambaran keadaan banjir di Pekan Selandar untuk tatapan anda semua




Paras air semakin meningkat

Air telah mula naik di depan Pasar Selandar

Surau Pekan Selandar telah ditenggelai air sungai

Air sungai sudah melebihi paras bahaya

Pekan Selandar

Kepada sesiapa yang ade gambar dan info terkini keadaan banjir di Melaka,bleh la emelkan kepada Bicara Anak Melaka di alamat dflamenetwork@gmail.com.

P/s: Jangan berenang plak bila tgk air banjir ni. Tak pasal-pasal dapat makan kenduri free 3 hari nanti..
heheh..

Nantikan update dari kami..



Paras air Sungai Melaka melepasi paras bahaya

MELAKA 31 Jan. - Paras air sungai di Alor Gajah meningkat di paras bahaya berikutan hujan lebat sejak semalam sehingga sekarang yang belum menunjukkan tanda-tanda ia akan berhenti.

Bilik Gerakan Banjir di Kota Cemerlang melaporkan, air Sungai Melaka di Alor Gajah kini berada di paras 13.1 meter dan melebihi paras bahaya 11.9 meter.

Bagaimanapun, dua buah sungai di Jasin berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila Sungai Chohong mencatat ketinggian 13.0 meter tetapi belum melepasi paras bahaya setinggi 13.4 meter manakala Sungai Kersang mencatat ketinggian 3.2 meter berbanding paras bahaya 3.7 meter.

Sementara itu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tiga jalan utama terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana dinaiki air antara 0.2 hingga 0.4 meter.

Katanya, jalan yang terpaksa ditutup sejak awal pagi tadi hingga tengahari ini ialah dari jalan dari Pekan Lubuk China ke Simpang Ampat, Seri Pengkalan ke Alor Gajah dan Seri Pengkalan ke Rembia. - Utusan

510 keluarga dipindahkan ke 26 pusat pemindahan

Update : Hujan berhenti seketika di Melaka, tapi angin bertiup kencang.


MELAKA 31 Jan. – Kira-kira 510 keluarga dari beberapa kawasan rendah di Jasìn dan Alor Gajah dipindahkan ke 26 pusat pemindahan ekoran banjir yang melanda sejak semalam sehingga tengah hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Asahan, Selandar dan Batang Melaka di Alor Gajah, manakala Tehel, Melaka Pindah dan Lipat Kajang di Jasin.

Menurut beliau, air di kawasan terbabit naik antara 0.2 hingga 0.4m ekoran hujan lebat yang turun di negeri ini sejak semalam.

“Pusat pemindahan banjir yang dibuka di Jasin sebanyak 19 pusat dan tujuh lagi di Alor Gajah.”

“Semua mangsa telah diberikan bantuan seperti selimut, tikar, tuala, minuman dan makanan,” kata Mohd. Ali selepas membuat pelepasan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 di Jalan Hang Tuah hari ini.

Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri telah membuka bilik gerakan banjir yang beroperasi 24 jam di Kota Cemerlang, Air Keroh di sini.

Bagi mereka yang mempunyai masalah, boleh menghubungi bilik gerakan itu di talian 06-2333333. – Utusan

TAHNIAH!! BN Menang di Tenang.. PAS boleh cuba lagi.. Jumpa semula di Merlimau..

Akhirnya debaran seluruh warga Malaysia khususnya para penduduk di Tenang akhirnya telah terjawab.
Walaupun cuaca tidak berapa baik, tetapi ramai juga warga DUN Tenang ini berjaya melaksanakan tangungjawab mereka untuk memilih pemimpin mereka.

Buat yang menang, YB Mohd Azahar Ibrahim, tahniah diucapkan. Ini merupakan satu amanah besar yang perlu dipikul oleh beliau untuk memastikan keselesaan warga DUN Tenang terjamin dan juga peluang untuk membuktikan janji-jani beliau ketika berkempen.

Buat yang kalah pula, Cikgu Normala Sudirman, bawak banyak bersabar dan terima lah keputusan ini dengan hati yang terbuka. Insya Allah ada hikmah disebalik kegagalan ini..

Apa-apa pun, Bicara Anak Melaka ingin mengucapkan tahniah kepada semua jentera pilihanraya tak kira dari BN atau pun PAS kerana telah bekerja keras untuk menjayakan PRK kali ini. Kalau ada yang tak puas hati, kita  jumpa di Merlimau pula. Bukan untuk bergaduh, tapi untuk anda perbaiki kelemahan jentera anda di sana.

Sekian .

Keputusan Rasmi PRK DUN Tenang.

Normala Sudirman (Pas) - 2,992 undi

Mohd Azahar Ibrahim (BN) - 6,699 undi

Jumlah mengundi - 9,833 pengundi

Peratus mengundi - 67 peratus

Undi rosak - 142 undi

Majoriti - 3,707 undi

Sunday, January 30, 2011

Salam Perkenalan!! Minta Izin Nak Kenalkan Diri...

Salam sejahtera kepada para pembaca. Selamat datang ke laman blog Bicara Anak Melaka. Ini adalah percubaan kali pertama saya sebagai journalist di dunia blog. Jadi saya harapkan anda dapat menerima saya dan juga dapat memberikan komentar yang membina buat blog Bicara Anak Melaka ini.

Baiklah, di kesempatan ini saya ingin menceritakan overview apa yang bakal di tulis di blog ini. Blog ini akan dipenuhi artikel-artikel yang berkategorikan  pelancongan dan juga hal elwal semasa di negeri Melaka. Jadi anda semua bolehlah mendapatkan berita-berita dan juga aktiviti terkini negeri Melaka di sini.

Setakat ini sahaja rasanya untuk permulaan perkenalan. Jangan lupa kunjungi blog ini setiap hari untuk mendapatkan berita-berita sensasi dan terhangat.. ceewaah...