Monday, January 31, 2011

510 keluarga dipindahkan ke 26 pusat pemindahan

Update : Hujan berhenti seketika di Melaka, tapi angin bertiup kencang.


MELAKA 31 Jan. – Kira-kira 510 keluarga dari beberapa kawasan rendah di Jasìn dan Alor Gajah dipindahkan ke 26 pusat pemindahan ekoran banjir yang melanda sejak semalam sehingga tengah hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Asahan, Selandar dan Batang Melaka di Alor Gajah, manakala Tehel, Melaka Pindah dan Lipat Kajang di Jasin.

Menurut beliau, air di kawasan terbabit naik antara 0.2 hingga 0.4m ekoran hujan lebat yang turun di negeri ini sejak semalam.

“Pusat pemindahan banjir yang dibuka di Jasin sebanyak 19 pusat dan tujuh lagi di Alor Gajah.”

“Semua mangsa telah diberikan bantuan seperti selimut, tikar, tuala, minuman dan makanan,” kata Mohd. Ali selepas membuat pelepasan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 di Jalan Hang Tuah hari ini.

Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri telah membuka bilik gerakan banjir yang beroperasi 24 jam di Kota Cemerlang, Air Keroh di sini.

Bagi mereka yang mempunyai masalah, boleh menghubungi bilik gerakan itu di talian 06-2333333. – Utusan

No comments:

Post a Comment