Monday, January 31, 2011

Paras air Sungai Melaka melepasi paras bahaya

MELAKA 31 Jan. - Paras air sungai di Alor Gajah meningkat di paras bahaya berikutan hujan lebat sejak semalam sehingga sekarang yang belum menunjukkan tanda-tanda ia akan berhenti.

Bilik Gerakan Banjir di Kota Cemerlang melaporkan, air Sungai Melaka di Alor Gajah kini berada di paras 13.1 meter dan melebihi paras bahaya 11.9 meter.

Bagaimanapun, dua buah sungai di Jasin berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila Sungai Chohong mencatat ketinggian 13.0 meter tetapi belum melepasi paras bahaya setinggi 13.4 meter manakala Sungai Kersang mencatat ketinggian 3.2 meter berbanding paras bahaya 3.7 meter.

Sementara itu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tiga jalan utama terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana dinaiki air antara 0.2 hingga 0.4 meter.

Katanya, jalan yang terpaksa ditutup sejak awal pagi tadi hingga tengahari ini ialah dari jalan dari Pekan Lubuk China ke Simpang Ampat, Seri Pengkalan ke Alor Gajah dan Seri Pengkalan ke Rembia. - Utusan

No comments:

Post a Comment